Khamis, 26 Ogos 2010

racun organik

disini sy akan kongsi sedikit tentang cara buat racun organik sendiri,nnt boleh la try wat kat umah disamping dapat jimatkan duit,dpt gak kurangkan penggunaan racun kimia kat tanaman.

formula racun organik

1) Racun serangga organik

600ML Air bersih
100 ML Molases
100mL spirit
100ML Cuka asli
100ML EM
Nota:
boleh tambah hirisan halia atau cili
peram selama 8 hari
bila nak guna cairkan 1:500
pH kurang 3.7
simpanan sehingga 6 bulan
e.g Tong 16 liter
pengiraan adalah 1/500 x 16
jadi hanya guna 0.032 liter iaitu 32 ML shj..

penyediaan racun organik EM

- sediaan racun dibuat berdasarkan resepi di atas dan dibiarkan selama 8 hari sebelum ditapis

- pada hari ke-8 (21/8/2007) campuran serangga organik sudah siap digunakan setelah ditapis dalam vol. 1 liter


2) Racun serangga neem oil/minyak semambu

cara nak buat campuran untuk 10 liter :
-1 liter air + 10 ml cecair cuci pinggan + 50 ml neem oil dan ditambah air utk volume 10 liter

3)Racun serangga bahan asas tumbuhan hijau (pokok pitaya)

-campuran EM + molasess + daun2 ada unsur perubatan (bawang putih, cili kering,daun buluh, mengkudu, asam keping dan batang pokok pitaya yang kaya aloe vera)
-Di peram selama 5 hari dan patinya dicampur air 1:10.
- penggunaan : Sembur pokok 2 hari sekali.
-Tiada masalah reput batang,serangan serangga dan kulat juga kurang.

4) Racun serangga organik.
Bahan2

100ml EM1
100ml Gula Merah
200gm bawang putih
200gm cili kering
200gm daun buluh @ daun kari @ daun asam gelugor @ asam jawa
200gm batang aloevera (lidah buaya)
200gm sebarang daun-daun tumbuhan yang dikenalpasti bleh menghalau serangga tersebut.
20 liter air suling @ air sungai @ sebarang air tanpa klorin.

campurkan semua bahan2 dan peram selama 6 hari. tapis bahan2 itu dan simpan airnya dalam bekas kedap udara. hampas boleh buat baja.

untuk siram ke pokok.

100 ml air rendaman tadi + 10 liter air suling @ air hujan @ air sungai
sembur pada pokok 2 hari sekali. kalau teruk setiap hari.

5) Racun serangga organik

Bahan2

1) cili padi 10 biji tumbuk, 1 liter air dan tapis sblum guna..

2)Sabun cap kapak(potong kecik2) sbyk 100gram
rebus dgn air,pastu campur dgn 10 liter air..letak dlm 1 bekas..
apply 1/3 cawan rcun dgn 1 liter air

6) Racun serangga organik

daun neem 30% blender(kisar)
10% daun sirih.blend
10% daun sentang blend
10% bawang putih blend
10 % kulit kayu manis blend
lepas blend tambah 30% air beras yg telah diperam selama 3-4 hari
lepas tu peram selama 7 hari sebelum digunakan....

p/s: racun mesti diselang seli dgn racun2 lain sbb serangga perosak ni cepat imun keadaan sekitar..





Read more...