Jumaat, 7 Ogos 2009

Pengenalan Fertigasi


Fertigasi berasal dari cantuman dua perkataan “fertilization” dan “irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak.


Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soilless culture production system ). Akan tetapi ia menggunakan media tanaman seperti perlite,rockwool, dan pelbagai medium lain termasuk pasir. Di Malaysia,sistem fertigasi yang diamalkan secara meluas adalah dengan menggunakan medium campuran habuk sabut kelapa (cocopeat ) dan sekam padi bakar.Umumnya hanya beberapa jenis sayuran buah sahaja seperti cili,timun,terun,melon dan strawberi sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan asal kaedah ini digunakan adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium,Fusarium,Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria yang kebanyakannya dibawa daripada tanah.

Penggunaan teknik fertigasi didapati boleh memaksimumkan pengeluaran,mutu dan kualiti serta memaksimumkan penggunaan kawasan tanaman. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan air dan baja serta kos tenaga kerja yang rendah untuk mengendalikan sistem ini.
Read more...