Rabu, 4 November 2009

PERSEDIAAN LADANG

PERSEDIAAN AWAL

Luas kawasan atau jumlah polibeg (poin)

Pemilihan kawasan (tanah hendaklah rata)

Saiz rumah lindungan

Tentukan sistem operasi yang sesuai

Buat anggaran kos /sesuaikan dengan bajet

Mulakan…sebutharga dan sebagainya

Sediakan kawasan

Mulakan pembinaan/penubuhan unit




PEMBINAANBINA SISTEM SALIRAN

Elak air bertakung – kelembapan tinggi.

Parit kecil

Parit besar

Dapat menampung dan mengalirkan air berlebihan terutama semasa hujan lebat



RUMAH LINDUNGAN HUJAN

Adalah lebih baik mempunyai rumah lindungan hujan/kalis serangga.tetapi hendaklah dipertimbangkan dahulu kerana penggunaannya adalah 60% daripada kos projek.



PEMBINAAN BATAS






SISTEM PENGAIRAN (Tentukan Jenis Operasi)








SISTEM PENGAIRAN

PAIP UTAMA – 32 mm hingga 63mm

SUB LINE – 13 mm hingga 16 mm (panjang tidak melebihi 30 m)

MIKRO TUBING – 3/5 mm (60 – 70 sm panjang)

PENITIS – 2 L/H

TANGKI NUTRIEN – 2.0 L X jumlah polibeg (konkrit, polytank)

PENAPIS – 120 mesh (sebelum dan selepas pam)

PAM ELEKTRIK – 0.5 HP boleh siram 0.1 hektar

Pastikan sistem boleh beroperasi dengan baik dan lancar
(tiada bocor, aliran sekata dsb)




MEDIA PENANAMAN

CIRI-CIRI TERBAIK – mudah kedapatan, pegangan air 60 – 80%, ruang udara 20 – 40%, kebolehan kawalan nutrien, pH dan suhu, tidak mahal dan mesra alam

HABUK SABUT,ARANG SEKAM, CAMPURAN ARANG SEKAM & HABUK SABUT (1:1 ATAU 2: 3)

POLIBEG / PASU – 12” X 15”

Warna – putih atau hitam dll

Padatkan media didalam bekas tanaman – sangat penting

SUSUN POLIBEG – tindihkan sub-line dibawahnya

BILAS MEDIA – semasa atau selepas mengisi ke polibeg dengan air bersih(Untuk membuang kemungkinan toksik yang ada dan mengelak pokok mengalami ketegasan selepas dipindah keladang)









Read more...

PENGURUSAN TAPAK SEMAIAN

PRESTASI TANAMAN adalah sangat bergantung kepada kualiti larutan nutrien dan input yang dibekalkan.

PENYEDIAAN MEDIA SEMAIAN

Media yang baik akan menghasilkan percambahan yang tinggi, bebas penyakit, harga berpatutan

media yang sesuai digunakan adalah ‘peat moss’ kerana sudah terdapat kandungan nutrien untuk pertumbuhan biji benih.


RAWATAN BIJI BENIH

Rawatan bertujuan mempercepatkan percambahan.

Biji benih terpilih dan ada jaminan tidak perlu dirawat (terus semai).
Contohnya : Resistant: TmVC5F1N



RAWATAN - 1

Rendam biji benih dalam air biasa selama 6 – 8 jam.

Tus.

Gaul racun kulat (cth: thiram).


RAWATAN - 2

Rendam biji benih dengan air biasa 6 – 8 jam

Taburkan biji benih diatas kain lembap dan lipat.

Masukkan dalam plastik gelap – tiup untuk digelembungkan.

simpan di tempat gelap.

Biarkan dalam suhu biasa sehingga cambah.(3-5hari)


MENYEMAI BIJI BENIH

Teknik menyemai mempengaruhi peratus cambah dan keseragaman.

Kedalaman benih didalam media adalah 0.5 – 1.0 cm.

Kekalkan kelembapan.

Jumlah pokok yang disemai mestilah 20 – 30% lebih daripada keperluan sebenar diladang




Tomato 2 biji/pot
Terung 1 biji/pot
Cili 1 biji/pot
Timun jepun 2 biji/pot
Kobis 2 biji/pot

Susun diatas rak dibawah lindungan 50 –70%


MENYIRAM

Siraman halus atau kabus.

1 – 2 kali/hari - kekalkan kelembapan media.

Sebelum cambah – siraman air + racun kulat ( cth: previcur)

Selepas cambah: minggu 1 – Larutan baja 1.5 mS/cm minggu 2 dan seterusnya – Larutan baja 1.5 – 2.0 mS/cm (jika menggunakan media selain peat moss)


PENAKAIAN

Asingkan anak pokok terpilih.

Anak pokok terpilih – subur, normal,segar, tiada jangkitan penyakit.




kedalaman benih diantara 0.5-1.0cm


anak pokok berusia 10 hari


anak pokok berusia 25hari dan sedia dipindah ke ladang


contoh rumah semaian menggunakan lindungan netting 50-70% cahaya
Read more...