PERSEDIAAN AWAL
Luas kawasan atau jumlah polibeg (poin)
Pemilihan kawasan (tanah hendaklah rata)
Saiz rumah lindungan
Tentukan sistem operasi yang sesuai
Buat anggaran kos /sesuaikan dengan bajet
Mulakan…sebutharga dan sebagainya
Sediakan kawasan
Mulakan pembinaan/penubuhan unit
PEMBINAANBINA SISTEM SALIRAN
Elak air bertakung – kelembapan tinggi.
Parit kecil
Parit besar
Dapat menampung dan mengalirkan air berlebihan terutama semasa hujan lebat
RUMAH LINDUNGAN HUJAN
Adalah lebih baik mempunyai rumah lindungan hujan/kalis serangga.tetapi hendaklah dipertimbangkan dahulu kerana penggunaannya adalah 60% daripada kos projek.
PEMBINAAN BATAS
SISTEM PENGAIRAN(Tentukan Jenis Operasi)
SISTEM PENGAIRAN
PAIP UTAMA – 32 mm hingga 63mm
SUB LINE – 13 mm hingga 16 mm (panjang tidak melebihi 30 m)
MIKRO TUBING – 3/5 mm (60 – 70 sm panjang)
PENITIS – 2 L/H
TANGKI NUTRIEN – 2.0 L X jumlah polibeg (konkrit, polytank)
PENAPIS – 120 mesh (sebelum dan selepas pam)
PAM ELEKTRIK – 0.5 HP boleh siram 0.1 hektar
Pastikan sistem boleh beroperasi dengan baik dan lancar
(tiada bocor, aliran sekata dsb)
MEDIA PENANAMAN
CIRI-CIRI TERBAIK – mudah kedapatan, pegangan air 60 – 80%, ruang udara 20 – 40%, kebolehan kawalan nutrien, pH dan suhu, tidak mahal dan mesra alam
HABUK SABUT,ARANG SEKAM, CAMPURAN ARANG SEKAM & HABUK SABUT (1:1 ATAU 2: 3)
POLIBEG / PASU – 12” X 15”
Warna – putih atau hitam dll
Padatkan media didalam bekas tanaman – sangat penting
SUSUN POLIBEG – tindihkan sub-line dibawahnya
BILAS MEDIA – semasa atau selepas mengisi ke polibeg dengan air bersih(Untuk membuang kemungkinan toksik yang ada dan mengelak pokok mengalami ketegasan selepas dipindah keladang)
Read more...
Rabu, 4 November 2009
PERSEDIAAN LADANG
PENGURUSAN TAPAK SEMAIAN
PRESTASI TANAMAN adalah sangat bergantung kepada kualiti larutan nutrien dan input yang dibekalkan.
PENYEDIAAN MEDIA SEMAIAN
Media yang baik akan menghasilkan percambahan yang tinggi, bebas penyakit, harga berpatutan
media yang sesuai digunakan adalah ‘peat moss’ kerana sudah terdapat kandungan nutrien untuk pertumbuhan biji benih.
RAWATAN BIJI BENIH
Rawatan bertujuan mempercepatkan percambahan.
Biji benih terpilih dan ada jaminan tidak perlu dirawat (terus semai).
Contohnya : Resistant: TmVC5F1N
RAWATAN - 1
Rendam biji benih dalam air biasa selama 6 – 8 jam.
Tus.
Gaul racun kulat (cth: thiram).
RAWATAN - 2
Rendam biji benih dengan air biasa 6 – 8 jam
Taburkan biji benih diatas kain lembap dan lipat.
Masukkan dalam plastik gelap – tiup untuk digelembungkan.
simpan di tempat gelap.
Biarkan dalam suhu biasa sehingga cambah.(3-5hari)
MENYEMAI BIJI BENIH
Teknik menyemai mempengaruhi peratus cambah dan keseragaman.
Kedalaman benih didalam media adalah 0.5 – 1.0 cm.
Kekalkan kelembapan.
Jumlah pokok yang disemai mestilah 20 – 30% lebih daripada keperluan sebenar diladang
Tomato 2 biji/pot
Terung 1 biji/pot
Cili 1 biji/pot
Timun jepun 2 biji/pot
Kobis 2 biji/pot
Susun diatas rak dibawah lindungan 50 –70%
MENYIRAM
Siraman halus atau kabus.
1 – 2 kali/hari - kekalkan kelembapan media.
Sebelum cambah – siraman air + racun kulat ( cth: previcur)
Selepas cambah: minggu 1 – Larutan baja 1.5 mS/cm minggu 2 dan seterusnya – Larutan baja 1.5 – 2.0 mS/cm (jika menggunakan media selain peat moss)
PENAKAIAN
Asingkan anak pokok terpilih.
Anak pokok terpilih – subur, normal,segar, tiada jangkitan penyakit.
Read more...
Jumaat, 30 Oktober 2009
Mengatasi Gejala Kekurangan Nutrien
Mengatasi Gejala Kekurangan Nutrien
Masalah pH yang tidak sesuai
untuk Menaikkan pH - Guna natrium bikarbonat, kalium karbonat/bikarbonat, kalium hidroksida atau natrium hidroksida.
untuk Menurunkan pH - Gunakan asid nitrik, asid sitrik, asid posforik, asid hidroklorik.
Nutrien
Nitrogen
-Beri baja tambahan yang mengandungi unsur N saperti baja urea, ammonium nitrat.
-Sembur atau tambah dalam larutan baja.
-larutan urea 2 kg/100 L air (2 gm/L air)
Phosphorus
Beri baja tambahan yang mengandungi unsur P saperti baja Mono Potasium Phosphate,TSP.
Sembur atau tambah dalam larutan baja.
Potassium
-Beri baja tambahan yang mengandungi unsur K saperti baja kalium nitrat, MOP, MKP.
-Sembur atau tambah dalam larutan baja.
Magnesium
-Check pH media dan larutan baja.
-Beri baja tambahan yang mengandungi unsur Mg saperti MgSO4 Kieserite.
-Sembur atau tambah dalam larutan baja.
Calcium
-Check pH media dan larutan baja.
-Beri baja tambahan yang mengandungi unsur Ca saperti CaNO3 , liquid Ca.
-Sembur atau tambah dalam larutan baja.
Fe(Iron)
-Beri baja tambahan yang mengandungi unsur Fe spt FeSO4 , Fe EDTA.
-Spray dengan 25ppm(sbg booster spray shj) chelated iron solution 2 hari sekali, sebanyak tiga kali.
-Tambahkan 1ppm Fe ke dalam stok baja dan digunakan seperti biasa.
-Sembur dengan larutan ferrous sulphate 75-100 g FeSO4/100 L air/ha.
Manganese
-Beri baja tambahan yang mengandungi unsur Mn saperti MnSO4 , Mn EDTA.
-Sembur dengan larutan manganese sulphate 200-400 gm /100 L air.
-Tambah dalam larutan baja
Zinc
-Beri baja tambahan yang mengandungi unsur Zn spt ZnSO4 , Zn EDTA.
-Sembur dengan larutan zinc sulphate 200-400 g / 100 L air Tambah dalam larutan baja.
Copper
-Beri baja tambahan yang mengandungi unsur Cu spt CuSO4 , Cu EDTA.
-Sembur dengan larutan copper sulphate 200-500 g CuSO4/ 100 L air.
-Tambah dalam larutan baja.
Boron
-Beri baja tambahan yang mengandungi unsur B spt Boric acid, Borax.
-Sembur dengan larutan borax 0.2 - 0.5 kg Borax / 100 L air Tambah dalam larutan baja.
Molybdenum
-Beri baja tambahan yang mengandungi unsur Mo.
-Sembur dengan larutan sodium molybdate 25-50 g / 100 L air/ha.
-Tambah dalam larutan baja.
Baja Foliar
CaNO3 - 2 kg
Fe - 200 gm
Zn - 50 gm
Cu - 8 gm
Mn - 50 gm
B - 15 gm
Mo - 3 gm
Larutkan baja dalam 5 liter air.
Ambil 40 – 50 ml larutan baja tersebut dicampurkan dengan 18 liter air.
Sembur 2 kali seminggu pada pokok sebelah pagi.
Read more...
SIMPTOM KEKURANGAN UNSUR NUTRIEN
Simptom Kekurangan Nitrogen ( N )
Daun menjadi tua - klorosis
Semua daun tua dan muda akan mengalami klorosis (pertukaran warna dari hijau ke kuning) di mana keseluruhan helai daun menjadi kuning termasuk urat daun dan tiada nekrosis.
Pertumbuhan tanaman terbantut.
Saiz daun pada keseluruhannya adalah kecil.
Simptom Kekurangan Phosphorus ( P )
Daun tua menunjukkan warna biru kehijauan atau unggu atau hijau gelap.
Pengeluaran bunga sedikit dan tiada buah.
Pokok bantut dan kurus.
Akar tidak berkembang.
Daun tua gugur dengan banyak terutama nya selepas pembungaan.
Simptom Kekurangan Kalium ( K )
Klorosis pada daun tua bermula dari tepi dan hujung daun; tanda-tanda ini beransur-ansur merebak kebahagian tengah daun.
Dalam keadaan berterusan, hujung dan tepi daun yang klorotik (klorosis) akan menjadi nekrotik ( kering dan mati).
Biji dan buah kecil
Pokok lemah dan mudah tumbang
Simptom Kekurangan Kalsium ( Ca )
Berbanding dengan kekurangan kalium, simptom bagi kekurangan kalsium ialah kejadian nekrosis hanya pada bahagian tepi daun muda dan ianya tidak merebak masuk keseluruhan bahagian daun.
Pada keadaan teruk pucuk mati dan kering.
Bahagian bawah buah tomato menjadi reput kerana kerosakan dinding sel (Blossom-end-rot).
Kuntum bunga dan putik gugur sebelum matang .
Simptom Kekurangan Magnesium ( Mg )
Kejadian klorosis di antara urat-urat daun tua terutama yang terdedah kepada cahaya matahari.Urat daun masih berwarna hijau.
Pada keadaan teruk, warna daun akan menjadi oren tua dan nekrosis. Daun gugur bermula dari daun bahagian bawah.
Simpton Kekurangan Zink ( Zn )
Kekurangan Zn bermula pada daun-daun yang muda. Klorosis terjadi antara urat daun.Urat daun masih hijau. Saiz daun kecil dan rupabentuk tirus.
Simptom terjadi serentak pada pucuk muda di keseluruhan pokok.
Ruas (internode) menjadi pendek.
Simptom mudah terdapat pada tanah gambut.
Simptom Kekurangan Ferum ( Fe )
Kekurangan Fe akan mula kelihatan pada daun-daun muda.
Keseluruhan bahagian daun menjadi kuning keputihan.
Warna hijau urat-urat kecil daun akan hilang.
Buah cili menjadi hijau pucat atau hijau keputihan dan bila masak bertukar menjadi jingga.
Simptom Kekurangan Manganese ( Mn )
Kekurangan Mn menunjukkan kejadian klorosis di antara urat-urat daun, hampir serupa dengan kekurangan magnesium (Mg). Ianya bermula pada daun-daun muda sahaja. Saiz daun normal.
Kejadian klorosis di antara urat daun akan lebih jelas kelihatan berbanding dengan kesan kekurangan magnesium (Mg).
Simptom Kekurangan Boron ( B )
Mula tunjuk pada daun muda dengan berkedut, berkereput, bengkok seperti cangkuk (hooked). Jika tidak ianya menunjukkan salah bentuk, tebal dan rapuh.
Pada keadaan yang teruk, titik tumbesaran pucuk (apical growing point) dan juga akar mati, kemudian keluar semula dan mati.
Simptom Kekurangan Molibdenum
Daun tua berklorosis, menggulung dan kelihatan terbakar. Tanda yang sama juga ditunjukkan oleh daun muda bila teruk.
Tanda khusus pada kubis bunga ialah pembesaran lai daun terbantut, melengkung kedalam dengan hanya meninggalkan urat tengah bila teruk.
Simptom Kekurangan Sulfur ( S )
Pertumbuhan tanaman terbantut.
Simptom sama dengan Fe kekurangan kelihatan pada sebelah atas tanaman.
Simptom Kekurangan Kuprum (Cu)
Pertumbuhan daun muda terencat dan berklorosis. Kawasan berklorosis lama-kelamaan bernekrosis.
Read more...
KAEDAH MENDIAGNOSIS KEKURANGAN NUTRIEN
dua kaedah yang perlu digunakan untuk mendiagnosis kekurangan nutrien pada tanaman iaitu
• KUALITATIF/ LUARAN (mata & pengalaman)
• KUANTITATIF/ANALISIS (sampling & makmal)
Simptom kekurangan nutrien
terdapat berbagai jenis simptom yang terjadi apabila tanaman tidak mndapat nutrien yang mencukupi iaitu :
• Klorosis – kehilangan warna hijau pada kebiasaan daun kehijau cerah, kekuningan atau putih
• Klorosis antara urat daun -intervenal chlorosis
• Nekrosis – sel dan tisu daun mati dan warna jadi perang dan daun jadi kering, kerekut
• Saiz Daun/Pokok (besar, kecil, bantut)
• Rupa bentuk & tekstur daun.
Apabila mendiagnos gejala kekurangan nutrien
Huraikan gejala yang terjadi pada tanaman
-warna daun, saiz daun/buah, bentuk daun dll
Nyatakan kedudukan gejala pada pokok
-pada daun tua, muda atau keseluruhan pokok.
Dapatkan maklumat berikut:
• Sejarah ladang
• Analisis tanah – status kesuburan tanah
• Pengurusan tanaman – kawalan perosak/penyakit, pembajaan, saliran & pengairan, cantasan, dll
Read more...
Jumaat, 23 Oktober 2009
Faktor-faktor menyebabkan Kekurangan Nutrien
1) Nutrien tersedia ada pada tanaman tidak cukup adalah disebabkan
-faktor kimia (eg. pH rendah)
-Nutrien sediada dalam bancuhan terlalu rendah.
2) Sistem akar terbantut /rosak
-media terlalu lembab atau kering, padat, penyakit/perosak.
3) Genetik tanaman
-untuk N semua spesis sensitif, tomato sensitif kepada Ca dan K tetapi kobis kurang sensitif kepada Ca, betik sensitif kepada Boron
Read more...
Khamis, 22 Oktober 2009
unsur Mikro
Zinc
- Berperanan dalam pembentukan asid nukleik dan protein untuk pembentukan hormon auxin.
- sebagai katalis dalam proses oksidasi dan tranformasi karbonat
- mengatur penggunaan zat gula
- mempermudah penyerapan air
Kuprum
- Merangsang pembentukan vitamin A dalam tumbuhan.
- berfungsi dalam tindakbalas enzim dalam proses pembentukan klorofil
- dalam tanah gambut Cu mengendapkan zat yang toksik yang terdapat dalam tanah
Ferum
- Penting untuk pembentukan dan pemuliharaan klorofil .
- Kandungan penting kebanyakan enzim
- Peranan penting dalam metabolisma RNA dan kloroplasma.
- terlibat dalam proses fotosintesis
- merupakan ko-enzim dari beberapa respirasi
Manganese
- terlibat dalam tindakbalas enzim didalam proses-proses respirasi, metabolisma N dan pembentukan klorofil
Boron
- Terlibat untuk pembentukan sel-sel baru dibahagian pucuk.
- berperanan dalam metabolisma protin, perkembangan bunga dan buah, pengangkutan zat, gula dan pengaturan keseimbangan kandungan air didalam tubuh tanaman
Molibdenum
- Diperlukan oleh Rhizobea untuk pengikatan nitrogen.
- berfungsi dalam tindakbalas enzim dalam proses pembentukan protin
- perlu dalam pembentukan asid askobik (Vitamin C)
- Mengurangi toksisiti oleh Cu, B, Mn, Zn, Ca dan N
Klorin
- Merangsang aktiviti beberapa enzim dan mempengaruhi metabolisma karbohidrat dan keupayaan tisu tumbuhan memegang air (agen osmotik)
unsur makro
Nitrogen
- memberi warna hijau pada daun
- mempercepatkan pertumbuhan dan tumbesaran
- memperbanyakkan hasil daun
Phosphorus
- Menyimpan dan menggerakkan tenaga dalam tanaman
- mempunyai kandungan penting sel membrane, asid nukleik
- merangsang pertumbuhan dan perkembangan akar
- menguatkan batang
Potassium
- mengawal tekanan osmotik .
- mengawal proses metabolisma dan fotosintisis
- Penggalak enzim dan menahan pokok daripada serangan penyakit
- menambah saiz bijirin/buah
- mempercepatkan tumbesaran tisu
Calcium
- Penting untuk struktur dan ketelapan dinding sel
- mengawal tekanan osmotik
- Menambah keteguhan daun/pokok
- Penghalang keracunan dengan meneutralkan asid organik dalam tumbuhan.
- menolong mempercepatkan pembentukan dan tumbesaran akar
Magnesium
- Kandungan molekul klorofil dan penting untuk fotosintisis
- Penggalak enzim dalam metabolisma karbohidrat
- mempengaruhi warna hijau pada daun
- terlibat dalam pembentukan lemak
Sulfur
- membantu tumbesaran akar
- menolong mengekalkan warna hijau
- mempercepatkan pembentukan biji
- membantu pembentukan bintil akar pada kekacang
Pembahagian Nutrien Tanaman
- Carbon (C),
- Hydrogen (H),
- Oxygen (O),
- Nitrogen (N),
- Phosphorus (P),
- Potassium (K),
- Sulphur (S),
- Calcium (Ca),
- Magnesium (Mg).
Unsur Mikro
- Boron (B),
- Chlorine (Cl),
- Copper (Cu),
- Iron (Fe),
- Zinc(Zn),
- Manganese (Mn),
- Molybdenum (Mo)
Jumaat, 7 Ogos 2009
Pengenalan Fertigasi
Fertigasi berasal dari cantuman dua perkataan “fertilization” dan “irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak.
Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soilless culture production system ). Akan tetapi ia menggunakan media tanaman seperti perlite,rockwool, dan pelbagai medium lain termasuk pasir. Di Malaysia,sistem fertigasi yang diamalkan secara meluas adalah dengan menggunakan medium campuran habuk sabut kelapa (cocopeat ) dan sekam padi bakar.Umumnya hanya beberapa jenis sayuran buah sahaja seperti cili,timun,terun,melon dan strawberi sesuai menggunakan kaedah ini.
Tujuan asal kaedah ini digunakan adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium,Fusarium,Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria yang kebanyakannya dibawa daripada tanah.
Penggunaan teknik fertigasi didapati boleh memaksimumkan pengeluaran,mutu dan kualiti serta memaksimumkan penggunaan kawasan tanaman. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan air dan baja serta kos tenaga kerja yang rendah untuk mengendalikan sistem ini.