PRESTASI TANAMAN adalah sangat bergantung kepada kualiti larutan nutrien dan input yang dibekalkan.
PENYEDIAAN MEDIA SEMAIAN
Media yang baik akan menghasilkan percambahan yang tinggi, bebas penyakit, harga berpatutan
media yang sesuai digunakan adalah ‘peat moss’ kerana sudah terdapat kandungan nutrien untuk pertumbuhan biji benih.
RAWATAN BIJI BENIH
Rawatan bertujuan mempercepatkan percambahan.
Biji benih terpilih dan ada jaminan tidak perlu dirawat (terus semai).
Contohnya : Resistant: TmVC5F1N
RAWATAN - 1
Rendam biji benih dalam air biasa selama 6 – 8 jam.
Tus.
Gaul racun kulat (cth: thiram).
RAWATAN - 2
Rendam biji benih dengan air biasa 6 – 8 jam
Taburkan biji benih diatas kain lembap dan lipat.
Masukkan dalam plastik gelap – tiup untuk digelembungkan.
simpan di tempat gelap.
Biarkan dalam suhu biasa sehingga cambah.(3-5hari)
MENYEMAI BIJI BENIH
Teknik menyemai mempengaruhi peratus cambah dan keseragaman.
Kedalaman benih didalam media adalah 0.5 – 1.0 cm.
Kekalkan kelembapan.
Jumlah pokok yang disemai mestilah 20 – 30% lebih daripada keperluan sebenar diladang
Tomato 2 biji/pot
Terung 1 biji/pot
Cili 1 biji/pot
Timun jepun 2 biji/pot
Kobis 2 biji/pot
Susun diatas rak dibawah lindungan 50 –70%
MENYIRAM
Siraman halus atau kabus.
1 – 2 kali/hari - kekalkan kelembapan media.
Sebelum cambah – siraman air + racun kulat ( cth: previcur)
Selepas cambah: minggu 1 – Larutan baja 1.5 mS/cm minggu 2 dan seterusnya – Larutan baja 1.5 – 2.0 mS/cm (jika menggunakan media selain peat moss)
PENAKAIAN
Asingkan anak pokok terpilih.
Anak pokok terpilih – subur, normal,segar, tiada jangkitan penyakit.
Rabu, 4 November 2009
PENGURUSAN TAPAK SEMAIAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan