Jumaat, 30 Oktober 2009

SIMPTOM KEKURANGAN UNSUR NUTRIEN


Simptom Kekurangan Nitrogen ( N )

Daun menjadi tua - klorosis

Semua daun tua dan muda akan mengalami klorosis (pertukaran warna dari hijau ke kuning) di mana keseluruhan helai daun menjadi kuning termasuk urat daun dan tiada nekrosis.

Pertumbuhan tanaman terbantut.

Saiz daun pada keseluruhannya adalah kecil.




Simptom Kekurangan Phosphorus ( P )

Daun tua menunjukkan warna biru kehijauan atau unggu atau hijau gelap.

Pengeluaran bunga sedikit dan tiada buah.

Pokok bantut dan kurus.

Akar tidak berkembang.

Daun tua gugur dengan banyak terutama nya selepas pembungaan.




Simptom Kekurangan Kalium ( K )

Klorosis pada daun tua bermula dari tepi dan hujung daun; tanda-tanda ini beransur-ansur merebak kebahagian tengah daun.

Dalam keadaan berterusan, hujung dan tepi daun yang klorotik (klorosis) akan menjadi nekrotik ( kering dan mati).

Biji dan buah kecil

Pokok lemah dan mudah tumbang




Simptom Kekurangan Kalsium ( Ca )

Berbanding dengan kekurangan kalium, simptom bagi kekurangan kalsium ialah kejadian nekrosis hanya pada bahagian tepi daun muda dan ianya tidak merebak masuk keseluruhan bahagian daun.

Pada keadaan teruk pucuk mati dan kering.

Bahagian bawah buah tomato menjadi reput kerana kerosakan dinding sel (Blossom-end-rot).

Kuntum bunga dan putik gugur sebelum matang .



Simptom Kekurangan Magnesium ( Mg )

Kejadian klorosis di antara urat-urat daun tua terutama yang terdedah kepada cahaya matahari.Urat daun masih berwarna hijau.

Pada keadaan teruk, warna daun akan menjadi oren tua dan nekrosis. Daun gugur bermula dari daun bahagian bawah.




Simpton Kekurangan Zink ( Zn )

Kekurangan Zn bermula pada daun-daun yang muda. Klorosis terjadi antara urat daun.Urat daun masih hijau. Saiz daun kecil dan rupabentuk tirus.

Simptom terjadi serentak pada pucuk muda di keseluruhan pokok.

Ruas (internode) menjadi pendek.

Simptom mudah terdapat pada tanah gambut.



Simptom Kekurangan Ferum ( Fe )

Kekurangan Fe akan mula kelihatan pada daun-daun muda.

Keseluruhan bahagian daun menjadi kuning keputihan.

Warna hijau urat-urat kecil daun akan hilang.

Buah cili menjadi hijau pucat atau hijau keputihan dan bila masak bertukar menjadi jingga.



Simptom Kekurangan Manganese ( Mn )

Kekurangan Mn menunjukkan kejadian klorosis di antara urat-urat daun, hampir serupa dengan kekurangan magnesium (Mg). Ianya bermula pada daun-daun muda sahaja. Saiz daun normal.

Kejadian klorosis di antara urat daun akan lebih jelas kelihatan berbanding dengan kesan kekurangan magnesium (Mg).



Simptom Kekurangan Boron ( B )

Mula tunjuk pada daun muda dengan berkedut, berkereput, bengkok seperti cangkuk (hooked). Jika tidak ianya menunjukkan salah bentuk, tebal dan rapuh.

Pada keadaan yang teruk, titik tumbesaran pucuk (apical growing point) dan juga akar mati, kemudian keluar semula dan mati.




Simptom Kekurangan Molibdenum

Daun tua berklorosis, menggulung dan kelihatan terbakar. Tanda yang sama juga ditunjukkan oleh daun muda bila teruk.

Tanda khusus pada kubis bunga ialah pembesaran lai daun terbantut, melengkung kedalam dengan hanya meninggalkan urat tengah bila teruk.




Simptom Kekurangan Sulfur ( S )

Pertumbuhan tanaman terbantut.

Simptom sama dengan Fe kekurangan kelihatan pada sebelah atas tanaman.



Simptom Kekurangan Kuprum (Cu)

Pertumbuhan daun muda terencat dan berklorosis. Kawasan berklorosis lama-kelamaan bernekrosis.

20 ulasan:

  1. minta izin kopi paste -fairusamin-

    BalasPadam
  2. Tuan Direktor. kalau buleh kasi masuk itu Cara2 mengatasinya disitu. Sayang sekali Jenis Sakit dah ada, Simtom pun dah ada, tapi cara counter-attack tiada. Oumputeh sikitlah yer. kih3... Cara Pulihkan kalau ada lagi banyak star dapat. hehehe

    BalasPadam
  3. Tuan Direktor. kalau buleh kasi masuk itu Cara2 mengatasinya disitu. Sayang sekali Jenis Sakit dah ada, Simtom pun dah ada, tapi cara counter-attack tiada. Oumputeh sikitlah yer. kih3... Cara Pulihkan kalau ada lagi banyak star dapat. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://gardenfertigasi.blogspot.com/2009/10/mengatasi-gejala-kekurangan-nutrien_30.html

      Padam
  4. cer selak2 halaman lain :)

    BalasPadam
  5. Kalau pokok simptomnya macam kurang boron,kasi la baja atau baja foliar yang kandungan boron nya lebih..contoh saja..hihi

    BalasPadam
  6. Pokok cili saya daun kerinting. Sebab apa ya?

    BalasPadam
  7. sbb apa... sbb apa... ssh sgt nk fhm.. kan dah ditulis kt atas tu.. bebal ..

    BalasPadam
  8. sbb apa... sbb apa... ssh sgt nk fhm.. kan dah ditulis kt atas tu.. bebal ..

    BalasPadam
  9. Sekali post ulasan tu dh la mangkuk aliff ni.

    BalasPadam
  10. Terima kasih,en,asyraf
    Bagaimana untuk mengatasi perkara di atas tersebut,tolong

    BalasPadam
  11. patutla ada petani guna baja foliar ..
    tuntuk tambah unsur nutrien

    BalasPadam
  12. bagaimana untuk mengatasi
    perkara tersebut

    BalasPadam
  13. Terimalah hakikat yang Melayu ni pemalas. Semua benda nak bersuap.

    BalasPadam
  14. Hai saya mempunyai masalah slalu bila cili dah mulai matang daun menjadi Tua gelap Dan virus mula menyerang. Bagaimana untuk pulihkn pokok Yang mempunyai daun berwarna hijau gelap?

    BalasPadam